Feb 2010 : Selamat Datang ke laman web MENDAKI N9 yang berwajah baru. 2010 merupakan tahun yang amat bermakna bagi persatuan. Selaras dengan itu, laman web ini juga menampilkan pembaharuan dari segi grafik, layout, Content Management System (CMS) dan beroperasi dalam versi Beta. Para pengunjung boleh melayari seperti biasa tetapi dengan kelajuan yang lebih pantas. Untuk paparan optimum, sila gunakan browser Google Chrome beta dan Firefox 3.0.1beta.
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN MENDAKI DAN KEGIATAN LUAR NEGERI SEMBILAN (MENDAKI N9)
Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar Negeri Sembilan (PMKLNS) telah ditubuhkan pada 1995 melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia No. pendaftaran 1538/96 (Negeri Sembilan). Objektif utama penubuhan adalah mendaki puncak gunung di dalam Malaysia dan luar negara. Persatuan Mendaki Dan Kegiatan Luar Negeri Sembilan mengerakkan semua aktiviti lasak air dan darat seperti berkayak / berakit, merentas hutan belantara, meneroka gua dan sukan mendaki.
Pendedahan program Malaysia Cergas melalui kursus, seminar dan kegiatan sukan lasak telah meningkatkan pengetahuan ahli dalam kepimpinan berpersatuan. Mendaki N9 juga telah banyak mengadakan program rekreasi, ekspedisi dan motivasi kepada pelajar kolej seperti Kolej Negeri, Kolej Professional Mara, Kolej Karisma, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC), UiTM Shah Alam, UKM Bangi dan lain-lain. Di samping itu juga Mendaki N9 telah mengadakan program bersama antara kilang-kilang di Negeri Sembilan antaranya Dana Vision Sdn Bhd, Aquatek Electronics Sdn Bhd, Sun Organisation Sdn Bhd dan Hiroshige (M) Sdn Bhd.
Di bawah kepimpinan En. Alias Mohd Nadzri , Mendaki N9 telah bekerjasama dengan PMM pada ekspedisi puncak Everest yang dilakukan pada tahun 1997. Seramai 10 pendaki Malaysia telah dipilih untuk mendaki puncak Everest. Pendaki iaitu Magendran dan Mohanandas telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest (8848m) pada 27hb. Mei 1997.
Aktiviti Mendaki N9 tidak berakhir begitu sahaja, dengan kerjasama PMM satu lagi sejarah telah dicipta di mana Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Agung untuk Union of International Alpine Associations (UIAA) dan International Council For Competition Climbing (ICCC) di Melaka Bandaraya Bersejarah pada tahun 1999.
Antara pencapaian terbesar sepanjang penubuhan, MENDAKI N9 telah terlibat di dalam menganjurkan Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan dan juga menjadi kumpulan Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di Pharak Peak dan Sherpa Peak di banjaran Himalaya, Nepal. Meneruskan kesinambungan itu, MENDAKI N9 turut berjaya ke Kinabalu via Kottal Route dan bakal meneruskan pendakian selanjutnya ke Gunung Aconcagua, Argentina pada Mar 2010.